Friday, 8 April 2011

Muda Tengah Bercerita Sebagai Iktibar...

Oleh Muda Tengah

Sejarah menunjukkan bahawa pemimpin sesuatu negeri atau negara membela negeri mereka terdahulu. Ini terbukti bertahun-tahun, berdekad-dekad dan berzaman-zaman sejarah manusia.

Parti DAP bertapak di semenanjung Malaysia tetapi sejarah asalnya adalah sebagai cawangan parti PAP singapore di tanah melayu. Perdana Menteri Tanah Melayu Tunku Abdul Rahman telah membenarkan Singapore (waktu itu masih berpura-pura dan menggelar diri mereka Singapura) untuk menyertai Malaysia dengan syarat parti PAP Lee Kuan Yew tidak mencampuri politik dalam Tanah Melayu.

Namun begitu Lee Kuan Yew dalam 'kepandaian'nya (sebenarnya sifatnya yang sering pecah janji) membuka parti DAP sebagai proxy PAP dalam politik Tanah Melayu dengan slogan Malaysian Malaysia (menghapuskan hak-hak bumiputera).

Adakah hati dan jiwa perjuangan DAP untuk rakyat Sarawak amnya dan bumiputera Sarawak khususnya (sebagaimana dilaung-laungkan oleh Chong Cheng Jien di kawasan Iban Balai Ringin bulan lepas)? Atau adakah DAP hanya memperjuangkan kaum cina amnya dan objektif politik DAP merampas kuasa Putrajaya khususnya? Oleh itu adakah rakyat Sarawak amnya dan bumiputera Sarawak khususnya di'perjuangkan' atau di'gunakan' oleh DAP?

Selepas merampas kerusi parlimen Sibu dari SUPP bulan Mei lepas, YB Wong Ho Leng telah mengisytiharkan bahawa ini adalah, "one small step to Petrajaya and one big step to Putrajaya". Ini adalah kata-kata DAP Sarawak tersendiri iaitu semata-mata untuk meraih kekuatan politik Sarawak untuk merampas kuas di Putrajaya. Semua kata-kata manisan dan janji-janji 'memperjuangkan' rakyat adalah semata-mata untuk agenda ini. Adakah rakyat Sarawak akan terus tertipu?

PAS adalah parti serpihan UMNO yang berpecah pada tahun 1951. Serpihan itu telah dipimpin oleh Ahmad Fuad Hassan. Pada tahun 1973 (zaman pentadbiran Tun Abdul Razak) PAS telah menyertai Barisan Nasional. Pada tahun 1978 PAS telah meninggalkan Barisan Nasional kerana merasakan Tun Hussein Onn telah tidak berlaku adil kepada PAS.

Mudatengah berpendapat bahawa jika PAS ada kelainan pendapat dengan UMNO maka silakan bertanding di semenanjung Malaysia. PAS mempunyai segala hak dan asas sejarah untuk berdebat dengan UMNO di semenanjung Malaysia. Adakah PAS mempunyai tapak sejarah atau alasan yang kukuh untuk meraih kekuatan politik dari Sarawak? Kita berharap PAS tidak bersifat seperti DAP hanya 'menggunakan' rakyat Sarawak amnya dan bumiputera Sarawak khususnya untuk PAS melawan UMNO. Ini bukan alasan kukuh atau ikhlas. Kasihanilah rakyat Sarawak yang masih memerlukan pembangunan dan kestabilan politik.













PKR tertubuh pada tahun 1999 (mengambil parti yang sudah daftar denga ROS) untuk bertanding pada PRU 10. Manifesto mereka pada waktu itu hanya satu iaitu untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

Dewasa ini manifesto tersirat PKR semata-mata untuk meletakkan 'Penasihat' mereka pada kerusi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Kenapa rakyat Sarawak diheretkan oleh PKR dalam agendanya untuk meletakkan seseorang kedalam kerusi Perdana Menteri?

Rakyat Sarawak masih kurang matang atau mengetahui mengenai agenda-agenda tersirat DAP, PAS dan PKR terhadap mereka. Kita berharap pemimpin-pemimpin DAP, PAS dan PKR akan berlaku ikhlas dan bertanggungjawab kepada rakyat Sarawak. Parti-parti PBB, SPDP, PRS (dalam bentuk PBDS) malah parti SNAP telah mencurahkan bakti kepada rakyat Sarawak semenjak merdeka. Ketahuilah siapa yang benar-benar telah menjaga ibubapa dan nenek moyang kita selama ini. Kerana kesedaran kita akan menentukan masa depan anak cucu kita.











Dipetik Dari Laman BLOG "Muda Tengah" 

No comments:

Post a Comment