Gambar ini diambil daripada sebuah kampung kubu kuat BN di Sarawak. Dipercayai kampung ini akan mendapat doa bala PAS dengan bermacam musibah sehingga 7 keturunan...
Mungkin juga PAS akan mendoakan agar kampung ini terbalik dalam masa 40 hari selepas mengundi. Maka sebab itulah rajahmas tidak mahu mendedahkan nama kampungnya. Biar PAS sebut nama kampung itu sebagai 'kampung hantam sajalah.....'
Kedatangan Pakatan Rakyat yang menguar-uarkan kononnya kepimpinan kerajaan Taib Mahmud korup dan merompak adalah satu bentuk provokasi oleh semenanjung terhadap pemimpin tempatan yang dipilih rakyat.
Setiap kali PR berceramah, mereka hanya bercakap tentang keburukan orang lain. Mereka tidak ada visi, tidak mempunyai rekod baik di Selangor sendiri malah tidak ada sumbangan sedikitpun untuk rakyat di Sarawak.
Berikut adalah apa yang PR tidak tahu tentang Bukti kecekapan Tadbir Urus Kerajaan BN ;
- Kestabilan politik - Penyertaan pebagai pihak dala membuat keputusan yang diamalkan oleh kerajaan BN telah menyumbang kepada kestabilan politik dan keamanan serta keharmonian negara.
- Pengurusan kewangan yang baik - Pengurusan kewangan Kerajaan BN telah diiktiraf dan oleh Ketua Audit Negara untuk 8 tahun berturut-turut sehingga sekarang.
- Pengkadaran Kredit Gred pelaburan yang positif - Oleh Agensi Pengkadaran Antarabangsa (Moody’s Coorperation – Buktinya di sini ) dan (Standard & Poor’s – Buktinya di sini ) Tiada NEGERI lain di Malaysia yang menerima pengkadaran tersebut.
- Rekod prestasi Sarawak dalam kecekapan tadbir urus adalah penting dalam meningkatkan keyakinan pelabur antarabangsa.
Aliran pelabur Antarabangsa terus ke Sarawak :-
1990 - RM1.7 Bilion
2000 – RM1.9 Bilion
2009 – RM5.7 Bilion
2010 – 2020 – RM147.5 Bilion (dijangka untuk SCORE sahaja)
Sarawak sekarang maju kerana telah ditadbir dengan baik dan cekap. Maka sebab itulah papan tanda di atas diletakkan sebagai sokongan padu rakyat kepada BN dan menolak ceramah buruk-burukkan orang lain yang tidak menyumbang sedikit faedah pun kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment