Wednesday 20 April 2011

Usaha Minta Penjelasan Khairy Temui Jalan Buntu

KUCHING: Usaha Utusan Borneo mendapatkan penjelasan lanjut daripada Khairy Jamaludin berhubung kenya-taannya mengenai pencapaian BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10, sema-lam menemui jalan buntu.


Beliau cuba dihubungi beberapa kali menerusi nombor telefon bimbitnya tetapi tidak dijawab dan berakhir dengan pesanan suara (mail box).
Bukan sekadar panggilan telefon, usaha menghubungi Khairy menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) menggunakan nombor telefon bimbit yang sama juga tidak berjaya.


Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Pusat itu menerusi laman sosial Twitter pada malam keputusan penuh pilihan raya negeri Sarawak diumumkan (16 April lalu) berkata, “Walaupun kita (BN) menang, kita (sebenarnya) mengalami kekalahan terburuk dalam sejarah Sarawak. Jadi, Putrajaya, kita berdepan masalah. Hadapilah kenyataan”.
Kenyataan Khairy itu me-nyebabkan beberapa pemim-pin BN negeri khasnya barisan pemuda tampil memberi kenyataan.



Orang pertama yang me-nyuarakan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Khairy itu ialah Ketua Penerangan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Abdul Aziz Adenan.
Menurutnya beliau berasa hampa dan kecewa dengan kenyataan Khairy itu yang dikatakan mempunyai elemen yang seakan-akan mahu memecah-belahkan Putrajaya dengan Sarawak.


Ketua Pemuda BN Negeri yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof pula menyifatkan kenyataan Khairy itu lebih kepada pandangan peribadi.

Sementara Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Idris Harun yang turut dihubungi kelmarin berkata Khairy perlu berfikir dengan lebih terbuka dan pada perspektif yang lebih besar.
Menurutnya apa yang berlaku pada pilihan raya Sara-wak kali ini ada hikmah di sebaliknya, seolah-olah memberi isyarat penting kepada BN secara keseluruhannya.
Pada PRN Sarawak yang ke-10 BN menang majoriti dua pertiga iaitu 55 daripada 71 kerusi dipertandingkan bagaimanapun bagi komponen BN negeri, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengalami kekalahan terburuk dalam sejarah apabila tewas 13 daripada 19 kerusi yang dipertandingkan.

No comments:

Post a Comment