Wednesday 20 April 2011

Apakah PERKASA Mula Diterima Di Bumi Kenyalang?



Setelah beberapa hari berakhirnya pilihan raya negeri Sarawak yang menyaksikan kemenangan BESAR BN di Bumi Kenyalang dan menyaksikan KEKALAHAN TERUK KEADILAN, dunia politik Sarawak terus diwarnai dengan suara-suara sumbang yang menyaksikan PARTI ROKET semakin berani dengan tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah.




Utusan Borneo hari ini (20/4/2011) menyaksikan dimuka depan perletakan jawatan seorang ketua pemuda cawangan PBB yang kecewa dengan pimpinan Datuk Fadhilah yang juga merupakan Ahli Parlimen Petrajaya.Apa punca nya?Sekarang ini kelihatan secara halus ada usaha pihak-pihak tertentu untuk memecah belahkan PBB dalam usaha untuk menidakkan kemenangan BN di persekutuan pada PRU 13 kelak.

Apa yang dikeluarkan oleh SEBANAKU SARAWAK dalam posting terbaru mereka berkenaan amaran dari Pengerusi PERKASA Negeri Sarawa kepada kaum Cina.Apakah hari ini kita bakal melihat PERKASA mula diterima masyarakat di bumi kenyalang?Apakah PBB perlu menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan perkasa selepas ini sebagai persedian menghadapi PRU 13?Sama-sama kita nantikan.

No comments:

Post a Comment