Monday 18 April 2011

Pemimpin Melayu Keadilan Sarawak Dipermainkan Anwar

Disaat kesibukan & debaran seluruh penduduk bumi kenyalang membuka tirai 16 April 2011 rupa nya ada satu kisah menarik untuk dikongsi bersama semua terutama buat pemimpin-pemimpin Keadilan yang berada di Kuching seperti Zulrusdi & Baharudin yang bertanding di Semariang & Tupong.Tidak juga dilupakan buat Sdr Ahmad Nazib yang menang propaganda di DUN Satok mengatasi Datuk Sri Abg Joe.


Ketua Ranting PBB Kpg Tupong Batu
Bemula jam 8 pagi lagi, salah satu pusat mengundi di P. 194 dalam DUN Tupong iaitu di pusat mengundi bagi ranting Tupong Batu & Tupong Tengah digegarkan apabila sejumlah penyokong Keadilan mengejar ketua ranting PBB Kpg Tupong Batu dari pusat mengundi.Alasannnya? kerana ketua ranting ini menggunakan baju T berwana biru-hitam tanpa logo.Tinjauan kami ke bilik gerakan terbabit mendapati semua ahli PBB Kpg Tupong Batu memang menggunakan baju T yang sama.Mereka mengambil inisiatif sendiri dengan membeli baju tersebut.Mungkin disebabkan baju tersebut tiada logo BN, jadi ia dijadikan sebagai alasan.Tetapi, apa kah salah nya?Mujur ketua ranting tersebut berjaya lari hingga ke bilik gerakan dan keadaan terkawal apabila pemuda PBB kpg tersebut berada dikawasan untuk berkawal dan selang beberapa jam kemudian pasukan polis & FRU pun tiba untuk mengawal keadaan.

Bilik Gerakan BN Di Ranting Kampung Tupong Batu
Menjelang tengahari, semua blogger dan jentera BN dikejutkan dengan berita pengumuman anwar berbunyi "Kami yakin 85% sudah menawan Sarawak".Maka 12 unit telifon yang terdapat di unit media SPR punn tidak henti-henti berbunyi.Saya juga terkejut dengan berita tersebut dan spekulasi in ditambah lagi dengan suasana yang sedang melanda semua pusat mengundi di DUN Tupong apabila setakat jam 2 tengahari cuma 58% yang turun mengundi daripada hampir 17,000 pengundi berdaftar.


Jam 5 Petang, saya bertemu dengan rakan-rakan media di Hotel Grand Continental Kuching yang juga merupakan pusat / bilik gerakan utama Keadilan.Ada terdapat hampir 15-20 orang wartawan sedang menunggu jemputan sidang media oleh mana-mana pemimpin keadilan.Tetapi satu pun tiada & yang ada hanyalah beberapa orang pemimpin mereka sedang sibuk check out dan terbang pulang ke semenanjung.




Salah seorang wartawan memberitahu saya keadaan disini sunyi sebab Anwar pagi tadi dah chow pergi US dan sekejap lagi dalam jam 9mlm Wan Azizah pula akan tiba untuk menggantikan Anwar di Kuching.Kenapa pula begitu?Kenapa mesti ada pertukaran sedemikian?Kenapa Azizah & Anwar tidak bersama di Kuching seperti kebiasaan?Kenapa Anwar mesti keluar senyap-senyap dari Kuching?Kenapa Pemimpin Keadilan negeri Sarawak tidak merasa diperbodohkan?Apakah penyokong Keadilan hanya berdiam diri apabila mendengar Anwar telah berangkat ke US melalui London yang mana rancangannya adalah untuk bertolak ke Osaka, Jepun melalui Amsterdam pada 19 April & akan kembali pulang pada 21 April?Bagaimana dengan perbicaraan liwat beliau yang akan bermula pada 18 April?Apakah Anwar akan kembali ke Malaysia?Ataupun Anwar merajuk ke luar negara kerana GAGAL untuk bersama dengan seorang budak jambu bernama JOSHUA?

No comments:

Post a Comment