Monday, 18 April 2011

Antara Angan & Sedar

DAP - Kawan MAKAN kawan!

Ramai di antara kita berasa tergugat dengan keputusan undi pilihanraya negeri yang berlangsung pada 16hb yang lepas. Tidak dinafikan ramai di antara kita menyangkakan undi kaum cina sekarang seolah-olah diberikan kepada DAP semata-mata.

Sebenarnya tidak semua mereka berpandangan demikian. Sebahagian pengundi cina juga kecewa dan sakit hati dengan keputusan pilihanraya yang majoriti dikuasai DAP. Satu contoh yang paling jelas ialah wujudnya sokongan kaum cina daripada ahli-ahli SUPP dan parti komponen lain yang mempunyai pandangan berbeza dan lebih rasional dalam membuat keputusan.

Meletakkan pendirian dengan menyatakan kaum cina semuanya sokong DAP agak tidak adil kepada sebilangan mereka yang masih memilih Barisan Nasional. Rajahmas yakin, lebih ramai akan mula kembali kepada BN apabila sampai masanya kelak.

Apa yang penting, SUPP harus bekerja keras dengan mempertahankan sokongan masyarakat cina seperti dilakukan Dato' Lee Kim Shin dan Dato' Sri Wong Soon Koh. Rajahmas menyokong penuh SUPP untuk bangkit daripada kekecewaan setelah kalah teruk pilihanraya dun yang lepas.

Kata orang, mendapatkan kemenangan daripada kekalahan itu lebih mudah berbanding mempertahankan kemenangan tanpa kekalahan. Di awal kini, jika SUPP berjaya meraih kembali sokongan kaum cina walaupun satu DUN, ia sudah cukup untuk meranapkan reputasi DAP sebagai parti yang banyak disokong oleh kaum cina.






Layak Kah Anwar Jadi Ketua?????



No comments:

Post a Comment