Antara kategori yang akan dipertandingkan adalah :-
- Perahu panjang 10,15 & 20 pengayuh
- Perahu panjang 30 pengayuh
- Regatta Perahu Tambang
Sementara itu, pada malam tadi sekitar jam 9 malam telah diadakan majlis penyerahan jersi rasmi pasukan dari kampung Paroh.Salah sebuah kampung yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri N. 6 Tupong.Pengerusi Gerak Gempur N. 6 Tupong, En Ahmad Zuraimi Hj Sharkawi telah meluangkan masa hampir 3 jam bersama penduduk kampung Paroh serta beramah mesra bersama para pengayuh yang bakal mengemudi perahu yang diberi nama "Laksamana Daing".
Jadi pesanan buat anda semua yang memenuhi Regatta Sejijak hari ini, pastikan anda memberi kan perhatian kepada perahu "Laksamana Daing" yang bakal beraksi untuk kesemua kategori termasuk perahu panjang 30 pengayuh.Majlis penyerahan tersebut telah diadakan di Bilik Gerakan Kampung Paroh dan ketua Pemuda PBB Ranting Kampung Paroh En Madhi, menerima jersi sumbangan Pengerusi Gerak Gempur N. 6 Tupong tersebut bagi pihak pasukan beliau (Laksamana Daing).Majlis tersebut telah dihadiri kira-kira 50 orang yang terdiri dari penduduk kampung Paroh dan para pengayuh yang terlibat.Turut hadir memeriahkan lagi majlis adalah Pengerusi PBB Ranting kampung Paroh yang juga merangkap Naib Ketua Cawangan PBB DUN N. 6 Tupong.
Pada perjumpaan tersebut juga En Zuraimi berkesempatan untuk memberikan sedikit penerangan kepada Ketua Pemuda & Ketua Ranting PBB Kampung Paroh berkenaan projek usahasama antara MNJ Enterprise, sebuah syarikat milik anak tempatan kampung Paroh yang boleh diketengahkan sebagai ikon usahawan berjaya dalam industri penternakan ikan dalam sangkar bersama KOBERA Tupong yang akan bermula tidak lama lagi.Menurut beliau, insyaAllah, melalui projek yang telah dirancang dan akan dilaksanakan dibawah KOBERA ini, seluruh penduduk Tupong bakal menerima kesan nya dan beliau berharap, sasaran "SIFAR MISKIN" pada penghujung tahun 2012 akan tercapai, hasil daripada keuntungan serta ROI yang bakal diperoleh KOBERA Tupong.Ini bukan lah kerja beliau seorang, tetapi ini memerlukan kerjasama dari semua penduduk DUN Tupong.InsyaAllah, kita bakal jadikan KOBERA DUN N.6 Tupong sebagai koperasi DUN contoh dan yang paling berjaya.Beliau juga mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ybhg Datuh Norah Tun Abdul Rahman, ahli parlimen tanjung manis kerana telah mencetuskan idea hebat ini, dan tidak dilupakan kepada Ybhg Datuk Hj Daud Abdul Rahman selaku ADUN N. 6 Tupong yang telah bersetuju melantik beliau sebagai pengerusi / pengasas KOBERAS DUN N. 6 Tupong ini.Semoga amanah yang diberikan ini dapat disempurnakan denngan sebaik mungkin dan sehabis baik.InsyaAllah.Amin.
No comments:
Post a Comment