Pada 7 April 2011 YAB Perdana Menteri telah meluangkan masa selama sehari untuk mengunjungi beberapa kawasan DUN di Negeri Sarawak.Antara DUN yang dilawati beliau adalah di DUN Padungan yang mana akan berlaku nya pertembungan 3 penjuru melibatkan BN,DAP & Penyandang kerusi itu sendiri yang kini bertanding atas tiket Bebas.
Seterusnya pada sebelah tengahari rombongan terus ke SMK Santubong.Disana PM telah merasmikan satu program dan menyerahkan beberapa unit komputer pintar untuk guru besar dan pengetua yang terlibat.Pada majlis tersebut juga PM telah meluluskan pruntukan khas berjumlah Rm3juta untuk kampung Santubong membina sebuah masjid baru di kampung tersebut dan ianya disambut dengan tepukan gemuruh oleh semua yang hadir.
Selepas makan tengahari di sekolah tersebut, PM meneruskan perjalanan ke Kampung Buntal.Kami solah zohor berjemaah kemudian PM meluangkan masa untuk bersama dengan penduduk kampung untuk sesi "moreh".PM memang nampak sempoi giler bila beliau dengan slumber makan duduk diatas lantai bersama penduduk kampung walaupun telah disediakan satu karpet untuk beliau dan orang kenamaan yang lain minum.Katanya, "saya nak minum guna cawan yang orang kampung kat sini minum".
Beliau seterusnya balik untuk berehat sebentar di hotel selama setengah jak sebelum meneruskan siri lawatan ke DUN Kota Sentosa dan terus ke lapangan terbang untuk kembali ke Kuala Lumpur.
Lagi Gambar Disini :-
No comments:
Post a Comment