Thursday 5 May 2011

Jangan Wujudkan Kumpulan Penyokong fadhillah,Tab - Datuk Daud


Kuching :- Dakwaan perpecahan dalam Pemuda PBB tidak wajar dijadikan sebagai alat untuk melabelkan wujud kumpulan penyokong Ketua Pemuda Datuk Fadillah Yusof dan kumpulan penyokong Presiden Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam parti tersebut.



Naib Presiden PBB Datuk Daud Abdul Rahman berkata, tindakan sedemikian juga dikhuatiri akan mendorong ke arah perpecahan di kalangan ahli dan sekali gus menyebabkan parti menuju kehancuran.
“Janganlah kita memecahbelahkan (dengan melabelkan) ada yang sokong Fadillah ada yang sokong Ketua Menteri.

Ketua Menteri terlalu tinggi. Fadillah terlalu kecil untuk dibandingkan dengan YAB Ketua Menteri,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan wujud perpecahan di kalangan ahli-ahli Pemuda PBB, di ibu pejabat parti itu di sini, semalam.

Datuk Ir Hj Daud Abdul Rahman

Isu itu timbul apabila Fadillah gagal mengeluarkan kenyataan mempertahankan Taib ketika dikritik oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan beberapa pemimpin komponen BN di Semenanjung Malaysia dan Sabah.
Kenyataan yang dikeluarkan selepas BN mengekalkan kemenangan pada pilihan raya negeri pada 16 September lepas, bertujuan ‘menggesa’ Taib berundur daripada jawatan Ketua Menteri.
Daud yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri berkata lagi, ahli dan para pemimpin PBB wajar mempertahankan Taib apabila dikecam pihak luar yang tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan politik dan kepimpinan Sarawak.

Beliau bagaimanapun berkata, Fadillah dipercayai tidak mempunyai niat untuk memecahbelahkan parti.

“Saya kenal dengan Fadillah kerana beliau merupakan anak didik saya,” katanya.
Dalam pada itu, bekas pemangku Ketua Pemuda PBB Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan, tidak wujud perpecahan dalam Pemuda.

Datuk Fadillah

Abdul Karim yang juga Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri turut menyifatkan situasi itu sebagai pertelingkahan biasa dan salah faham dan tidak ada unsur-unsur perpecahan.

“Memang di mana-mana tempat mesti ada orang yang tidak berpuas hati, tetapi nak mengatakan sokongan terhadap Ketua Pemuda tidak menyeluruh, itu tidak tepat.

“Saya berani mengatakan bahawa sokongan kepada Ketua Pemuda parti PBB masih kuat dan saya juga tidak ada masalah untuk menyokong beliau,” katanya yang juga ADUN Asajaya.

Dipetik Dari Laman Web Utusan Borneo Online 

Ini pula komen dan ulasan bloggers :-

Dipetik Dari BLOG Rajahmas 

Walaupun agak janggal untuk kita sebut, rajahmas hendak bertanyakan soalan kerana ada sesuatu yang tak betul tentang berita ini..

Soalan pertama:

Siapakah yang menghasut supaya mengecam kepimpinan Datuk YB Fadillah kerana tidak menjawab Khairy Jamaludin dan Gan Ping Sieu supaya Taib meletak jawatan? Kumpulan facebooker PBB? Borneo Post? Atau adakah blogger PBB?

Soalan kedua:

Adakah kita sedar tentang wujudnya satu kumpulan yang menyerang kepimpinan YB Datuk Fadillah sejak daripada sebelum PRN sehinggalah sekarang? Dan adakah ia protes PBB cawangan seluruh negeri (bukan parti komponen lain) atau hanya protes daripada kumpulan tertentu?

Soalan ketiga:

Siapa yang melaga-lagakan Taib Mahmud dan YB Fadillah, adakah penyokong Taib Mahmud ataupun kumpulan berkepentingan dalam PBB? Mengapa perlu menyalahkan seorang sahaja pemimpin PBB dan kenapa perlu memburuk-burukkan pemimpin sendiri?

Soalan keempat:

Siapa yang sebarkan berita mengecam YB Fadillah ini? Adakah ia banyak disebarkan oleh ahli PBB sendiri atau ahli parti komponen lain? Siapa sebenarnya yang cuba memecah-belahkan kepimpinan PBB di waktu ini?


Rajahmas tidak mahu menuduh sesiapa dalam hal ini kerana ia melibatkan urusan dalaman parti. Tidak wujud pun kumpulan penyokong YB Datuk Fadillah ataupun penyokong Taib Mahmud. Sepatutnya semua pihak berdiri di belakang Ketua Pemuda menghadapi apa juga cabaran dan dugaan dalam kepimpinan parti.

Apakah jika YB Fadillah membuat kenyataan mengecam Khairy Jamaluddin dan Gan Ping Sieu ia boleh mengeratkan lagi hubungan baik di antara parti komponen dalam BN?

Bukankah ia boleh dimanipulasikan oleh golongan pembangkang bagi menyerang kepimpinan Taib Mahmud daripada sudut lain pula?

Rajahmas bukan pro-YB Fadillah ataupun pro-Taib dalam hal ini... Tetapi jika ia disebarkan oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai hasrat untuk menjatuhkan seseorang, rajahmas yakin bukan seorang yang akan membantah tetapi seluruh kepimpinan PBB cawangan. Kebenaran pasti akan mengatasi segala-galanya…

No comments:

Post a Comment