Thursday 14 April 2011

Tiada Undi Untuk Keadilan Di Taman Dahlia Matang

Petang tadi sekitar jam 3.30 petang bermula nya siri kempen Datuk Ir Hj Daud Abdul Rahman bergabung bersama Pengerusi FELDA Malaysia merangkap mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.Siri kempen yang dijangkakan akan hanya dihadiri sekitar 20-30 orang berubah dengan kehadiran hampir 300 orang penduduk taman Dahlia, Kuching.




YB (Yang Berkhidmat) taman dahlia dalam ucapan aluan nya berkata, jika program ini diadakan pada sebelah malam, beliau yang merupakan ketua komuniti penduduk dikawasan tersebut berani berjanji sekurang-kurangnya 3000 orang penduduk akan hadir ke program tersebut kerana jumlah keseluruhan penduduk dikawasan perumahan terbabit adalah sekitar 4000 lebih orang.

'Yang Berkhidmat' memakai cermin mata hitam & bersongkok

'Yang Berkhidmat' memakai cermin mata hitam & bersongkok

Dalam ucapan "Yang Berkhidmat" (Gelaran Ketua Komuniti Terbabit Dikalangan Penduduk Kawasan) beliau telah menyuarakan beberapa permohonan penduduk kawasan terbabit antaranya adalah :-

1)Ditubuhkan ranting PBB kawasan Taman Dahlia
2)Memohon surau yang boleh memuatkan sekurang-kurang nya 400 orang jemaah dalam satu-satu masa (Telah dipenuhi)
3)Memohon chappel untuk penduduk bukan Islam dikawasan berkenaan
4)Memohon ditukar status rumah yang diduduki kini kepada hak milik penuh mereka sendiri (Sewa - beli)




Keempat-empat permohonan tersebut telah dibalas oleh Datuk Ir Hj Daud Abdul Rahman dalam ucapan beliau dengan respon yang sangat positif.Malah Datuk Daud dalam ucapan beliau sebentar tadi sempat berseloroh, " saya tahu ramai dikalangan penduduk di Taman Dahlia ini bukan pengundi di DUN Tupong kerana ada diantara mereka masih belum menukar tempat mengundi.Ada yang masih mengundi di kpg Santubong seperti ketua komuniti, tetapi saya tak kira anda mengundi di mana,sebagai calon Barisan Nasional dikawasan ini, saya akan selesai kan semua masaalah yang diajukan oleh Yang Berkhidmat sebentar tadi".Ucapan beliau tersebut disambut dengan laungan Hidup Barisan Nasional & Hidup PBB oleh kesemua hadirin yang hadir.



Sementara itu, Tan Sri Isa Samad dalam ucapan beliau berpesan kepada semua penduduk supaya jangan sekali-kali mengundi Pakatan Pembangkang sambil mengingatkan kepada semua yang hadir pengalaman rakyat negeri Selangor,Kedah dan Kelantan yang ditadbir urus oleh pembangkang yang dalam keadaan sangat mengecewakan.



Menutup program petang tadi, Datuk Daud berkesempatan memotong "reben" sebagai simbolik majlis pecah tanah projek pembinaan surau baru di Taman Dahlia bernilai hampir Rm700,000.00 malah Datuk Daud sendiri telah menyumbangkan wang peribadi berjumlah RM3000.00 untuk surau sementara ketika ini menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan.











No comments:

Post a Comment