Malam tadi ceramah PKR di Kampung Pinang Jawa, Kuching dibuat dengan jayanya. Berjaya kerana mendapat perhatian penduduk sekitar dan juga orang di luar kawasan. Rajahmas menganggarkan kelibat yang hadir adalah dalam 800-1000 orang kesemuanya.
Tahniahlah, sebab awal-awal lagi dalam ceramah, PKR sudah mengumumkan calonnya Baharudin Mokhsen sebagai BAKAL YB TUPONG menggantikan Datuk Abdul Rahman Daud. Agak-agak ramai pengunjung senak perut mendengar celoteh PKR yang tak ubah seperti menadah tangan menanti bulan jatuh ke riba. Inilah sifat angkuh PKR yang memandang remeh hak rakyat yang memilih, malah berani menidakkan sokongan rakyat kepada BN.
Kata mereka, PKR akan merampas Sarawak dan Anwar akan menjadi PERDANA MENTERI Malaysia….
Insya-Alllah, ALLAH TIDAK AKAN BENARKAN… Jika benar, PRU12 lagi Anwar sudah berjaya sewaktu gelombang tsunami politik sedang bergelora hebat ketika itu..
Lelaki ini nama dia Wak.. Asalnya dulu penduduk di pinggir kampung kawasan DUN Tupong. Dia seorang guru silat, merangkap guru agama dan mempunyai sekolah pondok... Itu berdasarkan apa yang difahamkan..
Tujuan wak ini naik ke pentas sebab mempertikaikan kawasan tanah kubur lama yang hendak digantikan dengan pembangunan kononnya milik adik Taib Mahmud..
Benar atau tidak, wallahualam.. nampaknya apa-apa sahaja yang dipertikaikan mereka mesti dikaitkan dengan Taib Mahmud dan keluarganya. Wahai wak, kalau berceramah di depan ratusan penduduk tak perlulah mengaibkan Datuk Abdul Rahman Daud dengan gelaran yang tidak baik contohnya 'orang hitam/gelap'.
Menghina kejadian ciptaan Allah, sesuatu yang amat dilarang agama. Datuk Daud juga seorang yang beragama Islam, seorang tabligh, selalu menyertai penduduk bersolat jemaah malah lebih banyak sumbangannya kepada penduduk setempat jika dibandingkan dengan calon PKR tersebut.
Ingatlah di dunia ini Allah menjadikan tiap-tiap manusia itu berbeza peringkat rezekinya dengan yang lain. Malah Islam tidak pernah menghalang umatnya hidup mewah atas usahanya. Jika rasuah dan hasil rompak yang difitnahkan, sedialah menjawab soalan Allah di akhirat kelak.. Amin..
Kelibat manusia yang ramai kerana hendak melihat secara dekat keadaan ceramah yang menarik perhatian. Satu set skrin layar multimedia digunakan dalam ceramah tersebut. Terus-terang rajahmas katakan, ceramah ringkas ala pesta begini sepatutnya juga diamalkan oleh kempen BN Sarawak yang terlalu ikut protokol dengan fesyen lama.
Ahli exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail juga mengambil bahagian dalam ceramah malam tadi. Kita kagum kerana dalam ceramahnya seolah-olah dia lebih banyak mengetahui apa yang berlaku di Sarawak berbanding rakyat negeri sendiri. Isu kejayaan kerajaan negeri Selangor digembar-gemburkan...
Malangnya apabila kami menantikan kejayaan Selangor memberikan 20m/padu air tidak pula dia sebutkan. Mengapa? Sebabnya, ia disembunyikan daripada pengetahuan rakyat bahawa isu air percuma sebanyak 20m/padu itu hanya di Selangor sahaja.. TIDAK WUJUD istilah air percuma di Kedah, Kelantan dan juga Pulau Pinang.
Maknanya Pakatan Rakyat GAGAL melakukan keseragaman dalam pentadbirannya. Berbaloikah kepimpinan PKR bertelagah dengan SYABAS dengan tunggakan hutang lebih RM471juta semata-mata untuk mengekalkan sokongan rakyat di Selangor?
Korupsi dalam Yayasan Selangor juga tidak dijelaskan walaupun Tan Sri Khalid (MB Selangor) terpaksa mengakui isu lebihan perbelanjaan ulangtahun badan kebajikan negeri itu sehingga terpaksa berdepan dengan krisis defisit RM7.4juta.
Begitu juga dengan skandal KSSB yang diadukan oleh ahli sendiri (ADUN Kapar) kepada SELCAT melibatkan kepentingan orang-orang tertentu dalam PKR yang akhirnya disenyapkan begitu sahaja.
Anwar sekarang fobia dengan gelaran buncit? Cuba tanya soalan berikut kepada Anwar,
"Datuk Seri, benarkan Datuk Seri ini buncit?"
Kemudian tunggulah apa respon dia kepada si tukang tanya itu.. Kalau tak kerana depan khalayak ramai, pasti kena lempang tiga kali lipat...
Kenapa Anwar marah? Mungkin dia sudah letih akibat terpaksa menahan perut setiap kali muncul di atas pentas seperti ini..
Akhir kata, rajahmas menyimpulkan perjumpaan pemimpin PKR dengan rakyat sebagai satu kejayaan buat mereka. Ia berjaya kerana mengamalkan unsur-unsur berikut,
- umpatan perihal keburukan dan gosip liar terhadap pemimpin lawan.
- majlis ala pesta yang mengumpulkan lelaki dan wanita bukan muhrim di satu tempat yang terbuka.
- tidak mengikut protokol, umpamanya kata2 aluan yang panjang lagi membosankan...
- membuat cerita fitnah dan menuduh tanpa bukti yang sahih.
- mengupah lembu dan kerbau untuk melolong memaki hamun di antara pengunjung ceramah..
Jangan jadi baik kalau nak menang....
Diambil Dari Laman BLOG "RAJAHMAS"
No comments:
Post a Comment