Friday 22 April 2011

Gerak Gempur DUN Tupong Desak Senator Gan Mohon Maaf Kepada Pehin Sri Taib


Pada 21 April 2011 yang lepas, timbalas presiden MCA yang juga merupakan Timbalan Meteri Belia Dan Sukan, Senator Gan Ping Sieu telah mengeluarkan satu kenyataan yang sangat biadap dan tidak menghormati sensitivi serta keharmonian hidup bermasyarakat yang ada dan wujud di negeri Sarawak.Kenyataan akhbar yang keluar di akhbar Nasional "The Star" itu berbunyi "Pass The Batton - MCA Tells Taib".Berita yang sama juga dapat di akses melalui laman web Malaysiakini.com

Senator Gan Ping Sieu
Keratan Akhbar Utusan Borneo (Sabtu, 23 April 2011)

Sarawak Ibu Pertiwi ~ ku

Sehubungan dengan itu, pasukan Gerak Gempur PBB Kawasan Dewan Undangan Negeri N. 6 Tupong telah mengadakan sidang media pada 22 April 2011 (Jumaat) bertujuan antara lain :-


1)Mendesak Senator Gan supaya meminta maaf secara terbuka kepada Pehin Sri Taib selaku Ketua Menteri Sarawak

2)Menegur Senator Gan supaya lebih peka, lebih sensitif dan sentiasa berjaga-jaga dengan PRU 13 kerana lebih baik untuk beliau mempersiapkan jerntera parti beliau terlebih dahulu apakah mereka telah benar-benar bersedia dan yakin akan menang 100% seperti yang dilakukan oleh Parti PBB dalam pilihan raya negeri Sarawak ke 10

3)Menasihati semua pemimpin politik di semenanjung Malaysia supaya jangan sekali-kali mencampuri urusan politik di negeri Sarawak

4)Berpesan kepada SUPP supaya mula bekerja walaupun tewas dan mengkaji analisis dan kajian mengapa mereka mengalami kekalahan dan mencari jalan penyelesaian yang difikirkan terbaik dalam misi untuk memastikan SUPP kembali menjadi parti no 1 kaum Tiong Hua di bumi kenyalang ini.

Keratan Akhbar Harian Metro Edisi Sabah/Sarawak (Sabtu 23 April 2011)

Keratan Akhbar The Star  (Sabtu 23 April 2011)




No comments:

Post a Comment