Tuesday, 12 April 2011

Antara Nikmat & Rahmat Pilihan Raya Yang Dinikmati Rakyat

Masaalah Pertama Yang Diselesaikan :-

Masaalah parit tersumbat & keadaan parit yang tidak teratur dan tidak dikawal selia dengan baik oleh pihak DBKU menyebabkan setiap kali hujan lebat rumah pakcik berseluar pendek dalam gambar dibawah PASTI dinaiki air.5-6 kali call Ahmad Zuraimie pengerusi gerak gerak gempur (Baju putih & Berdiri Tepi Parit Dalam Gambar) last-last En zaidi (Baju biru seluar hitam-pegawai DBKU) hadir ke lokasi diarahkan oleh Datuk Daud.2 jalan penyelesaian difikirkan dan kedua-dua nya digunapakai.Sebagai langkah awal, kayu besar dan panjang yang tenggelam didalam parit (Mungkin menjadi faktor) di angkut keluar.Immidiately youu..Best nak ngundi BN?yahhh...Atleast calon dpt settle kinek2 problem.Mun la kita tek ngundi sidak ngembak perubahan, sik tauk la cita.Kali sidak jawab "dah diberik kmkorg elaun Rm600 tiap bulan, pandey2 kitak pun laa gik haji"..Kali laa.Sik tauk juak betul ka sik.Nama gik "kali"..








Yahhhh...Last sekali lalu tetak kawan..Best nak?ubah jak mun mok ubah.Nangga la pa mok diubah dak ya.Dirik dak nya pun sik terubah, dek dek nak ngubah kawasan."Sikda orang yang dapat puaskan hati semua orang".Jangan cuma pandey nyebut ayat ya bila dah nait kelak.

Masaalah Kedua Yang Diselesaikan :-

Sidak tok komplen jeraya SIK RATA.Jeraya dah bersimen, cuma segal dah lamak kali, ya sik rata, bukan jauh dari bandaraya Kuching.Tok kat simpang rah jeraya masuk ke Matang Batu 2 1/2 ya bah.Mun dari Satok ke PJ, di tepi jeraya sebelah kiri lekak jambatan ada nak orang bejual sate petang hari.Umah area sia la.Asal nya pakcik makey baju kunin seluar cokelat ya jak yang komplen madah hal jeraya.Selang 10 minit datang sorang gik makcik (gambar no 2) datang ngagak.Mintak di polah "bonggol" 2-3 igek.Bisin dak miak embak motosikal kata nya & mintak nyuruh sidak mersih parit pa tek segal takut aik nait lalu banjir kelak (tapi setakat tok sik da banjir la) di jawab oleh Datuk Daud dengan nada beguro (pa tek nya duak kawan sama sekolah marek kata makcik ya) "mun banjir, dapat kitak belajar berenang". Lalu lekakya settle semua problem.Bonggol oleh sigek, jeraya dapat.Parit kelak sidak parit datang ngator sebelum election tok.







Settle ka sik bila diat gambar atas tok (Gambar yang terakhir).Rasa-rasa la?
Masaalah Yang Ketiga :-

Tok masaalah sidak bedagang di Jalan Semarak.Madah sikda "attraction" kat sia.Nak bukak bejual waktu malam pun lom tauk da customer datang ka sik.Kedong election tek nak.Kedong sik pernah mangkah "lambang" lain selain dacing, tunggah calon sidak dacing laa nulong settle.Mintak tebang pokok depan ya, mintak water gun pa indah banyak gik dimintak.Lalu semua sekali approve.



Wahhhhhh...indah naa ngundi BN ehh..Kali mun "sidak ya" la diundi kitak, warna kedey makan rah jalan semarak ya comfirm sik da lain.Mun nya sik ijo, biru mudak.Lekak duak taun jadi Yb kelak, tukar gik jadi warna putih, taun ke empat?sikda cerita, taun kelimak lalu diam, pa tek tukar calon kedak di DUN Padungan sia.Ney ndak ngerebat member bertanding makey logo bunga raya.Bukan main lelah pok ya bekelaie dengan Polis nak masuk bangunan DUN baru marek, nait gik perauk tambang kakya dikikk bukit - sayang makey blazzer kacak dikik bukit, kakya tiap-tiap 16 september berlagu sorang dirik nait bendera di padang merdeka dengan "calon CM dak nya".last-last dekat election pandey tukar indah.Alkisahhhh....Alkisah maka tersebut lah kisah sang kancil beramai-ramai mengadap kebawah duli yang maha mulia sultan firaun, mana firaun pakai sultan, ENTAHHHHHH" kata dialog dalam cita Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Ketiga-tiga masaalah tersebut selesai dalam tempoh tidak sampai 3 jam.Mengikut pengamatan penulis, masaalah tersebut sebenar nya bukan lah berpunca dari Yang Berhormat semata-mata.Kita lihat masaalah yang diajukan dalam skop yang lebih luas dan mengambil iktibar serta pengajaran samaada yang tersurat mahupun yang tersirat daripada kesemua masaalah tersebut.Sebenarnya pada pandangan saya, tak perlu pun tunggu pilihan raya untuk selesaikan masaalah seperti yang diatas.Ikut prosedur yang telah ditetapkan, jika selepas mengikut prosedur yang ditetapkan tetapi pihak berwajib "LEMBAP" untuk menyelesaikan nya, boleh jumpa Yang Berhormat dan komplen.Saya rasa masaalah tersebut juga akan selesai melalui cara tersebut.Tetapi lumrah kita sebagai manusia memang begitu.Saya juga tidak dapat menafikan fitrah tersebut.Kalau boleh semua mahu diselesaikan dengan jalan yang pantas.Belum ikut prosedur yang ditetapkan tapi dah cakap "ahhh, malas laa nak gi situ buat itu dan ini,bukan betul pun,sama jugak jawapan nya nanti".Tapi tak pa la, syukur atas nikmat yang maha esa.Inilah yang dikatakan nikmat dan rahmat untuk KESEMUA PENGUNDI BARISAN NASIONAL.Bukan nak kata undi orang sebelah tak dapat,TIDAK BETUL, tapi manusia ni kena lah belajar bersyukur dan sentiasalah ingat asal usul.Jangan dulu belajar guna duit PTPTN & lepas habis belajar dapat 1st class result cakap PTPTN haram pulak.Kesian laa jugak kat kerajaan.Ada budak bijak pandai hantar masuk universiti sampai dapat jadi peguam hebat serta memiliki 5 firma guaman sendiri di Kuala Lumpur dan ada pendapatan Rm20k sebulan serta dapat nikah kat sempadan Thailan (sicantik manis orang Lawas.Wife di Kuching tak tau cerita pulak), last-last Abg Joe jugak yang dilawan.Dulu waktu nak masuk universiti Abg Joe jugak dia jumpa "mintak surat sokongan" nak gi sambung belajar last - last dahh hidup senang di KL, Abg Joe jugak yang dia lawan.Kesian Abg Joe.Itu CONTOH dan perumpamaan supaya kita ni kekal dan terus mengekal tradisi dan budaya "mengenang jasa serta membalas budi" orang yang membantu kita.Jangan ketika susah kita minta dibantu dan ketika senang orang dibantu yang kita sepak-sepak kan.Jangan kerana hanya disebabkan nafsu serakah sekerat dua pemimpin yang ketandusan modal mempertahan kan diri, kita pula yang menggadaikan masa depan anak dan cucu kita untuk terus maju ke hadapan berdepan dengan cabaran "ekonomi berpendapatan tinggi" seperti yang dicita-cita kan oleh bijak pandai ketika ini.


Sekian,


Terima Kasih.Peace No War (^_^)

No comments:

Post a Comment